Pencapaian Semasa 2024

 



Dr
. Elmi Bin Baharuddin, adalah anak kepada pasangan Baharuddin dan Siti Aminah yang berasal dari Temerloh Pahang, dilahirkan pada Jun 1983 di Hospital Kuala Lumpur, mendapat Pendidikan awal agama dari Ibu dan Ayahnya, Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab Pahang (1995), Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau, Temerloh Pahang (2000), merupakan Lulusan Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM (2004), Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah) IAIN STS/UIN STS (2005), Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) UKM (2008) dan Doktor Falsafah Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM (2013).

Beliau telah mula berkhidmat dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 1 Oktober 2021 yang lalu sebagai Pensyarah Kanan Pengajian Islam di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat lebih dari 13 tahun sebagai pensyarah dan pensyarah kanan di Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM/UPTM) bermula dari 26 Mac 2008 hingga 31 September 2021. Semasa menjawat jawatan tersebut beliau telah memegang jawatan Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan  KUPTM (2016-2018).

                   Semasa menjadi pensyarah beliau terlibat secara aktif dalam profesyen perguruan dan telah melibatkan secara aktif dalam aktiviti penyelidikan, khidmat masyarakat, pendakwah dan pensyarah. Sebagai pensyarah beliau terlibat aktif dalam bidang penyelidikan tahfiz, dakwah, kepimpinan dan kecerdasan ruhaniah serta pengajian Islam. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bentuk penulisan seperti lebih dari 16 buah artikel jurnal, dua buku, dua bab dalam buku dan lebih 20 pembentangan kertas kerja dalam dan luar negara dalam bentuk prosiding kertas kerja. Beliau telah terlibat dalam bebarapa penyelidikan sebagai ketua dan ahli dalam bentuk geran penyelidikan dengan jumlah lebih RM40,000.00 dalam bidang kecerdasan ruhaniah, pengurusan halal dan pengurusan hafazan tahfiz al-Quran. Dapatan dalam data google scholar mendapati artikel beliau telah dirujuk lebih dari 312 dengan h indeks 9 dan i indeks 9, manakala data scopus telah dirujuk 18 dengan h indeks 3.

                   Beliau telah terlibat secara langsung dalam masyarakat seperti memegang jawatan Ketua Lajnah Pemuda Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor (2013-2015). Sebagai Pengerusi Surau al-Ihsan Taman Desa Vista (2024-2026). Beliau juga memegang tauliah mengajar Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dalam menyampaikan siri kuliah agama lebih dari 1000 kali di masjid dan surau sekitar Selangor dan Lembah Klang bermula dari tahun 2014 hingga sekarang. Sekarang beliau memegang Jawatan sebagai Penyelaras Program Diploma Tahfiz dan Tafsir al-Quran, Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, UPNM.

Comments