Pencapaian Semasa 2024
Dr . Elmi Bin Baharuddin , adalah anak kepada pasangan Baharuddin dan Siti Aminah yang berasal dari Temerloh Pahang, dilahirkan pada Jun 1983 di Hospital Kuala Lumpur, mendapat Pendidikan awal agama dari Ibu dan Ayahnya, Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab Pahang (1995), Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau, Temerloh Pahang (2000), merupakan Lulusan Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM (2004), S arjana M uda Usuluddin ( Dakwah ) IAIN STS/UIN STS (2005), Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) UKM (2008) dan Doktor Falsafah Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM (2013). Be liau telah mula berkhidmat dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 1 Oktober 2021 yang lalu sebagai Pensyarah Kanan Pengajian Islam di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat lebih dari 13 tahun sebagai pensyarah dan pensyarah kanan di Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM/UPTM) bermula dari 26 Mac 2008 h...